Posts

Kaedah Pengajaran Guru perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza . Melalui gaya pembelajaran , guru berpeluang mengenalpasti segala kekutan dan kelemahan setiap pelajar . Penentuan kaedah pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan , kelemahan , minat dan kecenderungan . Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif , sama ada dengan aktiviti perbincangan , pertukaran idea, pemindahan buah fikiran , keupayaan berhujah dan mengeluarkan pendapat . Kaedah yang berbeza mendatangkan pendekatan yang menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar supaya terus belajar .