Kaedah Pengajaran
Guru perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
Melalui gaya pembelajaran, guru berpeluang mengenalpasti segala kekutan dan kelemahan setiap pelajar.
Penentuan kaedah pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan, kelemahan, minat dan kecenderungan.
Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan aktiviti perbincangan, pertukaran idea, pemindahan buah fikiran, keupayaan berhujah dan mengeluarkan pendapat.
Kaedah yang berbeza mendatangkan pendekatan yang menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar supaya terus belajar.

Comments